
Industri Jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor dan motosikal merujuk kepada Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor serta aksesori motosikal. Berdasarkan Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019 (tahun rujukan 2018) merekodkan nilai jualan RM69,027 juta dengan sumbangan 28.1 peratus kepada Subsektor Kenderaan Bermotor.
PRESTASI UTAMA INDUSTRI JUALAN KOMPONEN DAN AKSESORI KENDERAAN BERMOTOR DAN MOTOSIKAL

- Bilangan pertubuhan meningkat sebanyak 5.4 peratus iaitu 19,963 pertubuhan pada tahun 2018 berbanding 15,333 pertubuhan pada tahun 2013.
- Nilai jualan berkembang sebanyak 7.0 peratus iaitu RM41.4 bilion pada tahun 2018 berbanding RM29.6 bilion pada tahun 2013.
- Bilangan pekerja meningkat sebanyak 3.0 peratus iaitu 103,319 orang pada tahun 2018 berbanding 89,193 orang pada tahun 2013
- Gaji dan upah yang dibayar meningkat sebanyak Rm2.7 bilion pada tahun 2018 berbanding RM2.0 bilion pada tahun 2013.
Bilangan Pertubuhan
Bilangan pertubuhan bagi jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus iaitu 18,139 pertubuhan berbanding 13,781 pertubuhan pada tahun 2013. Tambahan lagi Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal bertumbuh 1,824 pertubuhan (2013:1,552 pertubuhan) dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.3 peratus seperti di paparan 1.

Nilai Jualan
Nilai jualan barangan dan perkhidmatan merekodkan sebanyak RM41 bilion pada tahun 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 7.0 peratus berbanding pada tahun 2013. Penyumbang terbesar dalam aktiviti ini adalah Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor RM39,438.6 juta dengan sumbangan sebanyak 95.2 peratus. Ini diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu (RM1,976.1 juta; 4.8%) seperti di paparan 2.

Bilangan Pekerja

Bilangan Pekerja Mengikut Industri,
bagi 2018 dan 2013
Bilangan pekerja bagi jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor merekodkan bilangan pekerja tertinggi iaitu 93,483 orang pekerja dalam tempoh 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.9 peratus. Ini diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu 9,836 (4.3%) orang pekerja seperti di paparan 3.
Gaji & Upah

Gaji dan Upah Mengikut Industri,
bagi 2018 dan 2013
Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan 5.6 peratus dengan nilai gaji & upah tertinggi iaitu 2,503.1 juta pada tahun 2018 berbanding tahun 2013. Manakala Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal merekodkan gaji dan upah sebanyak iaitu 176.0 juta (8.6%) seperti di paparan 4.
PRESTASI MENGIKUT NEGERI
Bilangan Pertubuhan

Tiga Negeri yang Mencatatkan Bilangan Pertubuhan Tertinggi, 2013 dan 2018
Negeri Selangor mencatatkan bilangan pertubuhan dan kadar pertumbuhan tahunan tertinggi berbanding negeri lain iaitu 5,249 pertubuhan (26.3%) yang disumbangkan oleh tiga daerah utama iaitu Petaling (2,210 pertubuhan; 42.1%), diikuti daerah Klang (1,099 pertubuhan; 20.9%) dan Hulu Langat 723 pertubuhan (13.8%). Ini diikuti oleh Johor (2,493 pertubuhan; 12.5%), Wilayah Persekutuan (2,107 pertubuhan; 10.6%), di paparan 5 dan 6.

Nilai Jualan

2013 dan 2018 (RM Juta)
Selangor merekodkan nilai jualan tertinggi pada tahun 2018 iaitu RM12,510 juta (30.2%) berbanding tahun 2013 iaitu RM9,337 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 6.0 peratus, diikuti oleh Wilayah Persekutuan RM11,909 juta (28.8%), Johor RM3,652 juta (8.8%), Pulau Pinang RM2,346 juta (5.7%) dan Sabah RM 2,289 juta (5.5%) seperti di paparan 7.
Jumlah Pekerja
Selangor menyumbang 26,759 orang (25.9%) berbanding tahun 2013 iaitu 22,175 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.8 peratus, diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur, 24,351 orang (23.6%), Johor 11,004 orang (10.7%), Sabah 8,965 orang (8.7%) dan Perak 6,819 orang (6.6%).

Gaji & Upah
Selangor menyumbang RM 816 juta (30.5%) berbanding tahun 2013 iaitu RM559 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.9 peratus, diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur, RM673 juta (25.2%), Johor RM312 juta (11.7%), Sabah RM198 juta (7.4%) dan Perak, RM139 juta (5.2%) seperti di paparan 9.

PRESTASI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS), 2018
Prestasi Utama PKS

Bilangan Pertubuhan
Bilangan Pertubuhan bagi Industri ini adalah 19,933 pertubuhan atau menyumbang 32.1 peratus, keseluruhan PKS yang berjumlah 62,015 pertubuhan pada tahun 2018. Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu 18,109 pertubuhan atau 90.8 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu 1,824 pertubuhan (9.2%).

Nilai Jualan
Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan nilai jualan tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu RM27,904 juta atau 93.4 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu RM1,976 Juta (6.6%).

Jumlah Pekerja
Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan Jumlah pekerja tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu 85,639 orang atau 89.7 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu 9,836 orang (10.3%).

Gaji & Upah
Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan gaji & upah tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu RM1,910.7 juta (91.6%), diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu RM176.0 (8.4%).


Sumber : Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019
https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContentSearch.seam?cid=215556


















