
5 Perkara yang perlu diketahui berkenaan Statistik Pertubuhan Milikan Wanita Sektor Perdagangan Borong & Runcit, 2018
- Bilangan Pertubuhan
Pada tahun 2018, terdapat 91,043 pertubuhan milikan wanita dalam sektor Perdagangan borong & runcit berbanding 72,532 pertubuhan pada 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 4.7 peratus. - Bilangan Pertubuhan Mengikut Sub-Subsektor
Bilangan pertubuhan yang tertinggi bagi pertubuhan milikan wanita direkodkan dalam subsektor Perdagangan runcit dengan 78,922 pertubuhan (86.7%), diikuti oleh Perdagangan borong, 7,754 pertubuhan (8.5%) dan Kenderaan bermotor, 4,367 pertubuhan (4.8%). - Nilai Jualan dan Perkhidmatan
Nilai jualan barangan & perkhidmatan bagi pertubuhan milikan wanita berjumlah RM81.3 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.3 peratus dan disumbangkan oleh subsektor Perdagangan runcit iaitu RM36.5 bilion dengan sumbangan 44.9 peratus. - Jumlah Pekerja
Jumlah pekerja bagi pertubuhan milikan wanita meningkat kepada 267,947 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.1 peratus dari tahun 2013 sehingga 2018. - Gaji & upah
Gaji & Upah yang dibayar oleh pertubuhan milikan wanita berjumlah RM4.7 bilion dan merekodkan kadar pertumbuhan tahunan 4.9 peratus. Purata gaji & upah bulanan yang direkodkan oleh pertubuhan milikan wanita adalah RM2,460 dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.0 peratus.
Sumber: Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019









