QUARTERLY VOLUME INDEX OF WHOLESALE AND RETAIL TRADE, THIRD QUARTER 2023

In third quarter of 2023, volume index of Wholesale & Retail Trade registered a growth of 5.0 per cent to reach 151.8 points as compared to the same quarter of the previous year. The positive quarterly growth was attributed to Motor Vehicles with 11.2 per cent, followed by Wholesale Trade and Retail Trade with 6.1 per cent and 3.4 per cent, respectively. Meanwhile, for quarter-on-quarter comparison, volume index rose 2.5 per cent in this quarter.

For seasonally adjusted volume index, Wholesale & Retail Trade edged down -0.8 per cent as against the second quarter of 2023, dragged down by all subsector namely, Retail Trade (-2.8%), Motor Vehicles (-1.9%), and Wholesale Trade (-1.7%), respectively.

WHOLESALE TRADE

Volume index of Wholesale Trade sub-sector expanded 6.1 per cent to 139.7 points as compared to the same quarter in 2022. This increase was attributed to Wholesale of Agricultural Raw Materials & Live Animals with 10.9 per cent. It was followed by Other Specialised Wholesale (9.8%), Wholesale on a Fee or Contract Basis (9.4%), Wholesale of Food, Beverages & Tobacco (7.2%), and Non-specialised Wholesale Trade (6.1%). For quarterly growth, volume index of Wholesale Trade went up 2.2 per cent.

As for seasonally adjusted volume index, Wholesale Trade decreased -1.7 per cent as compared to the previous quarter.

RETAIL TRADE

For the third quarter of 2023, Retail Trade recorded a positive growth of 3.4 per cent to 172.5 points as against the same quarter of the previous year. The growth was attributed to Retail Sales of Food, Beverages & Tobacco (9.6%), Retail Sales of Automotive Fuel in Specialised Stores (9.5%), Retail Sales in Non-specialised Stores (6.6%), Retail Sales via Stalls & Markets (3.8%), and Retail Sales in Specialised Stores (2.8%). For quarter-on-quarter comparison, volume index of this sub-sector went up 1.5 per cent.

Within the same period, seasonally adjusted volume index of Retail Trade declined -2.8 per cent as compared to the previous quarter.

MOTOR VEHICLES

Volume index of Motor Vehicles registered a positive growth of 11.2 per cent year-on-year. This positive momentum was attributed to Sale of Motor Vehicle Parts & Accessories and Maintenance & Repair of Motor Vehicles with 14.9 per cent and 13.3 per cent, respectively. For performance of this sub-sector as against the previous quarter, it increased 8.5 per cent.

In terms of seasonally adjusted volume index, Motor Vehicles sub-sector shrank -1.9 per cent as compared to the previous quarter.

JUALAN BORONG DAN RUNCIT PAKAIAN DAN TEKSTIL

PENGENALAN

Pada awal tahun 1980, industri tekstil dan produk tekstil Malaysia berkembang pesat akibat transformasi perindustrian yang berorientasikan eksport di Malaysia. Tekstil dan produk tekstil merupakan industri eksport ke-13 terbesar pada tahun 2018 di Malaysia dengan mencatatkan kira-kira RM12 bilion daripada jumlah eksport barangan perkilangan Malaysia. Pasaran terbesar bagi produk tekstil yang dieksport dari Malaysia dipegang oleh Amerika Syarikat dengan pembelian sebanyak RM1.6 bilion (13%) daripada jumlah eksport industri negara.

PENUNJUK UTAMA SUBSEKTOR BORONG & RUNCIT

PENUNJUK UTAMA INDUSTRI PAKAIAN & TEKSTIL

Bilangan Pertubuhan

Penemuan banci menunjukkan bahawa terdapat 42,826 pertubuhan yang beroperasi dalam aktiviti ini dengan kadar pertumbuhan tahunan 6.7 peratus berbanding 2013.

Jualan runcit di pakaian, artikel bagi bulu binatang dan aksesori pakaian merupakan bilangan pertubuhan yang tertinggi bagi industri ini dengan 17,797 pertubuhan berbanding 13,982 pertubuhan pada tahun 2013 diikuti Jualan runcit di kedai khusus yang menjual tekstil (11,156 pertubuhan; 26.0%) dan Jualan runcit tekstil, baju dan kasut di gerai atau pasar (4,344 pertubuhan; 26.0%).

Bilangan Pertubuhan, 2013 & 2018
Nilai Jualan

Nilai jualan barangan dan perkhidmatan pada tahun 2018 bagi aktiviti ini berjumlah RM59.3 bilion berbanding RM33.4 bilion pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 12.2 peratus.

Prestasi Nilai Jualan Mengikut Subsektor,
2013 & 2018

Jualan runcit pakaian, artikel bagi bulu binatang dan aksesori pakaian adalah penyumbang utama iaitu RM20.6 bilion dengan merekodkan sumbangan sebanyak 34.7 peratus. Ini diikuti oleh Jualan runcit di kedai khusus yang menjual Tekstil (RM12.8 bilion; 21.5%) dan Jualan borong pakaian (RM12.0 billion; 20.2%).

Nilai Jualan, 2013 & 2018 (RM Juta)
Jumlah Pekerja
Jumlah Pekerja mengikut Kategori,
2013 & 2018

Jumlah pekerja pada tahun 2018 bagi aktiviti ini berjumlah 158,911 orang berbanding 129,183 orang pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 4.1 peratus.

Pekerja bergaji sepenuh masa (118,624, orang; 74.6%) merupakan penyumbang utama diikuti oleh pemilik yang bekerja & pekerja keluarga tidak bergaji serta pekerja bergaji sambilan masing-masing 30,228 orang (19.0%) dan 10,059 orang (6.3%).

Gaji & Upah
Gaji & Upah, 2013 & 2018

Gaji & Upah yang dibayar pada tahun 2018 bagi aktiviti ini berjumlah RM5.1 bilion berbanding  RM3.1 bilion pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 10.6 peratus.

PRESTASI MENGIKUT NEGERI

Bilangan Pertubuhan
Bilangan Pertubuhan 3 Negeri Utama,
2013 & 2018

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendominasi bilangan pertubuhan mengikut negeri dan daerah sebanyak 10,505 pertubuhan tumbuh 24.5 peratus berbanding 7,118 pertubuhan pada tahun 2013. Ini diikuti oleh Selangor (7,958 pertubuhan; 18.6%), Johor (3,748 pertubuhan; 8.8%), Kelantan (3,311 pertubuhan; 7.7%) dan Sabah (2,987 pertubuhan; 7.0%).

Sumber: Banci Perdagangan Borong & Runcit 2018, DOSM

Sumbangan Mengikut Daerah
Nilai Jualan
Nilai Jualan 3 Negeri Utama ,
2013 dan 2018
(RM Billion)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan nilai jualan tertinggi pada tahun 2018 iaitu RM22,637 juta dengan sumbangan 38.2 peratus berbanding tahun 2013 iaitu RM15,339 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 8.1 peratus, diikuti oleh Selangor, RM15,032 juta (25.4%), Johor, RM4,348 juta (7.3%), Perak, RM4,299 juta (7.3%) dan Pulau Pinang, RM4,280 juta (7.2%).

Jumlah Pekerja 3 Negeri Utama, 2013 & 2018

Bilangan Pekerja

Prestasi bilangan pekerja mengikut negeri pada tahun 2018 menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang 51,637 orang (32.5%) berbanding tahun 2013 iaitu 42,415 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan 4.0%, diikuti oleh Selangor, 33,040 orang (20.8%) dan Johor, 14,879 orang (9.4%).

Gaji & Upah
Gaji dan Upah 3 Negeri Utama,
2013 dan 2018

Prestasi bilangan pekerja mengikut negeri pada tahun 2018 menunjukkan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur menyumbang RM2,277 juta (44.6%) berbanding tahun 2013 iaitu RM 1,335 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 11.3 peratus, diikuti oleh Selangor, RM1,284 juta (25.1%) dan Johor, RM389 juta (7.6%).

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS), 2018

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI

Import Bahagian Barangan
Eksport Bahagian Barangan

PERANGKAAN PEMBUATAN BULANAN

Sumber : Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019

https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContentSearch.seam?cid=215556

PERKEMBANGAN INDUSTRI JUALAN BORONG GETAH

Malaysia merupakan pengeluar dan pengeksport getah asli  ke-6 di dunia pada tahun 2018. Eksport produk getah Malaysia meningkat sebanyak 9.6 peratus kepada RM23.6 bilion berbanding tahun 2017. Produk getah tertinggi pasaran adalah sarung tangan getah pakai buang dan sarung tangan getah bagi kegunaan pembedahan

Aktiviti Jualan borong getah pada tahun 2018 telah menyumbang 0.2 peratus kepada KDNK negara. Aktiviti ini merupakan penyumbang ke dua terbesar di dalam industri jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup iaitu 18.2 peratus selepas jualan borong minyak kelapa sawit (48.7%).

PERANGKAAN UTAMA JUALAN BORONG GETAH 2018

Pada tahun 2018, berdasarkan penemuan banci Perdagangan Borong & Runcit 2019 tahun rujukan 2018, menunjukkan bilangan pertubuhan bagi jualan borong getah merekodkan 1,489 pertubuhan dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.6 peratus berbanding tahun 2013 sebanyak 1,031 pertubuhan. Sumbangan nilai jualan barangan dan perkhidmatan pada tahun 2018, merekodkan sebanyak RM8,520 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.0 peratus.

Bilangan Pekerja

Terdapat 7,208 orang pekerja yang direkodkan dalam tahun 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan adalah 4.0 peratus berbanding tahun 2013. Bilangan pekerja bergaji sepenuh masa adalah  seramai 4,199, orang. Bilangan pekerja tertinggi adalah daripada kategori pemilik yang bekerja & pekerja keluarga tidak bergaji seramai 2,195 orang (30.5%) dan pekerja bergaji sambilan 814 orang (11.3%) seperti di paparan 1.

Gaji & Upah

Gaji & upah yang dibayar dalam industri ini pada tahun 2018 berjumlah RM170 juta berbanding RM145 juta pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.2 peratus seperti di paparan 2.

PRESTASI MENGIKUT NEGERI

Bilangan Pertubuhan

Bilangan Pertubuhan bagi tiga negeri tertinggi bagi industri jualan borong getah pada tahun 2018 adalah W.P. Kuala Lumpur (296 pertubuhan), Kedah (240 pertubuhan) dan Johor (235 pertubuhan) dengansumbangan          51.8 peratus seperti di paparan 3.

PRESTASI MENGIKUT NEGERI

Nilai Jualan

Nilai jualan bagi tiga negeri tertinggi pada tahun 2018 dengan sumbangan 64.3 peratus. W.P. Kuala Lumpur merekodkan nilai jualan tertinggi iaitu RM3,589 juta (42.1%) berbanding tahun 2013, diikuti oleh Johor, RM1,054 juta (12.4%) dan Kelantan, RM833 juta (9.8%) seperti di paparan 4.

Bilangan Pekerja

Bilangan pekerja pada tahun 2018 menunjukkan Kelantan mendominasi negeri lain dengan mencatatkan jumlah pekerja tertinggi iaitu 1,123 orang (15.6%) berbanding tahun 2013 iaitu 682 orang (11.5%) dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun 10.5 peratus, diikuti oleh Melaka, 939 orang (13.0%) dan Kedah911 orang (12.6%).

Jumlah Pekerja 5 Negeri Tertinggi,  2015 dan 2018

Gaji & Upah

Gaji & upah yang dibayar dalam industri ini adalah RM169 juta di mana Selangor merekodkan nilai tertinggi iaitu RM49 juta dengan sumbangan 29.2 peratus. Ini diikuti oleh Melaka, (RM27 juta; 15.8%) dan W.P. Kuala Lumpur (RM20 juta; 12.1%) seperti di paparan 5.

PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA,(PKS)

Perangkaan Utama PKS

Pada tahun 2018, 1,444 pertubuhan (97.0%) PKS yang beroperasi dalam Jualan borong getah adalah 1,444 pertubuhan dan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan  7.0 peratus seperti di paparan 6.

PKS menyumbang RM5.1 bilion nilai jualan barangan & perkhidmatan dalam Jualan borong getah dengan kadar pertumbuhan tahunan negatif 4.2 peratus seperti di paparan 7.

Bilangan pekerja PKS yang terlibat dalam Jualan borong getah adalah 5,822 orang (80.8%), dengan gaji & upah yang dibayar sejumlah RM0.2 bilion (93.5%).

Senario 2020

Harga bahan mentah bagi tahun kewangan 2020 kekal bercampur-campur berbanding tahun kewangan sebelum ini dengan harga purata bagi lateks pekat naik 2.3 peratus daripada RM4.33 sekilogram kepada RM4.43 sekilogram manakala harga lateks nitril merosot 13.3 peratus daripada US$1.13 sekilogram kepada US$0.98 sekilogram.

Top Glove Corporation Bhd

Berikutan peningkatan permintaan sarung tangan dari hampir semua negara di dunia, Top Glove berkata kadar penggunaannya meningkat melebihi 95 peratus pada suku ketiga 2020 berbanding 85 peratus sebelum berlaku penularan COVID 19. Pesanan bulanan meningkat sebanyak 180 peratus dalam tempoh 40 hari ke 400 hari.

Menurut  Top Glove Corporation Bhd, syarikat mencatatkan keuntungan bersih bagi suku keempat meningkat kepada paras tertinggi, masing-masing RM1.29 bilion dan RM1.87 bilion berikutan lonjakan permintaan bagi sarung tangan getah di peringkat global akibat COVID-19.

Top Glove Corporation Bhd menyatakan permintaan paling kukuh ialah terhadap sarung tangan nitril mencatat pertambahan 31 peratus tahun ke tahun, manakala sarung tangan pemeriksaan getah asli merekodkan pertumbuhan 7 peratus.

Sumber : Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019
https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContentSearch.seam?cid=215556

INDUSTRI JUALAN BORONG MINYAK KELAPA SAWIT

PENGENALAN

Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia. Perladangan kelapa sawit mula bertapak pada tahun 1917 di Estet Tennamaran, Selangor. Kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada KDNK sektor pertanian iaitu 37.9 peratus pada tahun 2018.

Negara eksport utama minyak kelapa sawit Malaysia pada tahun 2018 adalah India, China dan Pakistan. Aktiviti jualan borong minyak kelapa sawit merupakan penyumbang pertama terbesar di dalam industri  jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup iaitu sebanyak 48.7 peratus.

PERANGKAAN UTAMA JUALAN BORONG MINYAK KELAPA SAWIT

Pada tahun 2018, penemuan Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019 tahun rujukan 2018, menunjukkan pertubuhan Jualan Borong Minyak Kelapa Sawit adalah 1,343 pertubuhan  dengan kadar pertumbuhan tahunan 9.4 peratus. Nilai jualan barangan & perkhidmatan meningkat dengan kadar perlahan pada tahun 2018 iaitu 22.8 bilion (1.3%) berbanding tahun 2013.

  • Nilai Jualan

Nilai jualan barangan dan perkhidmatan bagi jualan borong minyak kelapa sawit secara keseluruhan mencatatkan RM22.8 bilion (34.2%)  berbanding pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 1.3 peratus seperti di paparan 1.

  • Bilangan Pekerja

Seramai 9,236 orang pekerja yang direkodkan dalam tahun 2018. Bilangan pekerja bergaji sepenuh masa dalam subsektor ini adalah 7,255 orang atau 37.6 peratus, diikuti 1,266 orang (13.7%) adalah pemilik yang bekerja & pekerja keluarga tidak bergaji dan 715 orang (7.7%) merupakan pekerja bergaji sambilan. Dalam tempoh 2013 hingga 2018, jumlah pekerja yang diambil mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.2 peratus seperti di paparan 2.

  • Gaji & upah

Gaji & Upah yang dibayar pada tahun 2018 adalah sebanyak RM225 juta (40.0%) berbanding RM196 juta pada tahun 2013 dengan kadar  pertumbuhan tahunan 2.8 peratus seperti di paparan 3.

 PRESTASI MENGIKUT NEGERI
  • Bilangan Pertubuhan

Tiga negeri yang merekodkan bilangan pertubuhan tertinggi bagi jualan borong minyak kepala sawit pada tahun 2018 didominasi oleh Johor sebanyak 408 pertubuhan yang menyumbangkan 30.4 peratus, manakala Batu Pahat mencatatkan sumbangan tertinggi iaitu 135 pertubuhan (33.1%), diikuti daerah Muar 61 pertubuhan (15.0%) dan Johor Bahru 60 pertubuhan (14.7%).  Ini diikuti oleh Selangor 288 pertubuhan (21.4%) dan Perak 180 pertubuhan (13.4%) seperti di paparan 4.

  • Mengikut Daerah

  • Nilai Jualan

Nilai jualan bagi tiga negeri tertinggi pada tahun 2018 menunjukkan W.P. Kuala Lumpur adalah penyumbang utama iaitu RM10.0 bilion dengan sumbangan 43.8 peratus  berbanding 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.8 peratus, diikuti oleh Selangor, RM6.5 bilion (28.4%) dan Sarawak, RM2.0 juta ( 8.6%).

  • Tiga Negeri Nilai Jualan Tertinggi, 2013 dan 2018
  • Bilangan  Pekerja

Prestasi bilangan pekerja mengikut negeri pada tahun 2018. Johor menyumbang 3,038 orang  dengan sumbangan 32.9 peratus berbanding tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 6.9 peratus, diikuti oleh Perak 1,634 orang (17.7%), dan W.P.Kuala Lumpur 1,172 orang (12.7%)  seperti di paparan 5.

Gaji & Upah

Keseluruhan gaji dan upah yang dibayar dalam industri ini adalah RM562.6 juta di mana dimana Selangor menunjukkan nilai nilai tertinggi RM63 juta (27.8%). Ini diikuti oleh Johor, RM58 juta (25.5 %) dan Perak, RM29 juta (12.7%) seperti paparan 6.

PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS), 2018

  • Bilangan Pertubuhan

Sebanyak 76,546 pertubuhan di  dalam  sektor perdagangan borong adalah dikategorikan sebagai PKS. Pertubuhan di dalam Jualan borong minyak kelapa sawit mencatatkan 1,297 pertubuhan (96.6%) pada tahun 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan 9.2 peratus.

  • Nilai Jualan

PKS menyumbang RM12.9 bilion dengan sumbangan 60.3 peratus keseluruhan nilai jualan.

  • Jumlah Pekerja

Jumlah pekerja yang terlibat di dalam sektor PKS ini adalah seramai 8,547 orang pekerja berbanding tahun 2013 dengan merekodkan kadar pertumbuhan tahunan 3.0 peratus.

  • Gaji & Upah

Gaji dan upah yang dibayar di dalam sektor PKS adalah berjumlah RM207 juta (92.1%) berbanding tahun 2013  dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak  6.4 peratus.

Sumber : Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019

https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContentSearch.seam?cid=215556

PERKEMBANGAN INDUSTRI JUALAN KOMPONEN DAN AKSESORI KENDERAAN BERMOTOR DAN MOTOSIKAL

Industri Jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor dan motosikal merujuk kepada Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor serta aksesori motosikal. Berdasarkan Banci Perdagangan Borong & Runcit 2019 (tahun rujukan 2018) merekodkan nilai jualan RM69,027 juta dengan sumbangan 28.1 peratus kepada Subsektor Kenderaan Bermotor.

PRESTASI UTAMA INDUSTRI JUALAN KOMPONEN DAN AKSESORI KENDERAAN BERMOTOR DAN MOTOSIKAL

  • Bilangan pertubuhan meningkat sebanyak  5.4 peratus iaitu 19,963 pertubuhan pada tahun 2018 berbanding 15,333 pertubuhan pada tahun 2013.
  • Nilai jualan berkembang sebanyak 7.0 peratus iaitu RM41.4 bilion pada tahun 2018 berbanding RM29.6 bilion pada tahun 2013.
  • Bilangan pekerja meningkat sebanyak 3.0 peratus iaitu 103,319 orang pada tahun 2018 berbanding 89,193 orang pada tahun 2013
  • Gaji dan upah yang dibayar meningkat sebanyak Rm2.7 bilion pada tahun 2018 berbanding RM2.0 bilion pada tahun 2013.
Bilangan Pertubuhan

Bilangan pertubuhan bagi jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus iaitu 18,139 pertubuhan berbanding 13,781 pertubuhan pada tahun 2013. Tambahan lagi Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal bertumbuh 1,824 pertubuhan (2013:1,552 pertubuhan)  dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.3 peratus seperti di paparan 1.

Paparan 1: Bilangan Pertubuhan Mengikut Industri, 2018 dan 2013
Nilai Jualan

Nilai jualan barangan dan perkhidmatan merekodkan sebanyak RM41 bilion pada tahun 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 7.0 peratus berbanding pada tahun 2013. Penyumbang terbesar dalam aktiviti ini adalah Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor RM39,438.6 juta dengan sumbangan sebanyak 95.2 peratus. Ini diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu (RM1,976.1 juta; 4.8%) seperti di paparan 2.

Paparan 2: Nilai Jualan Mengikut Industri, 2018 dan 2013
Bilangan Pekerja
Paparan 3:
Bilangan Pekerja Mengikut Industri,
bagi 2018 dan 2013

Bilangan pekerja bagi jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor merekodkan bilangan pekerja tertinggi  iaitu 93,483 orang pekerja dalam tempoh 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.9 peratus. Ini diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu 9,836  (4.3%) orang pekerja seperti di  paparan 3.

Gaji & Upah
Paparan 4:
Gaji dan Upah Mengikut Industri,
bagi 2018 dan 2013

Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan 5.6 peratus dengan nilai gaji & upah tertinggi iaitu 2,503.1 juta pada tahun 2018 berbanding tahun 2013. Manakala Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal merekodkan  gaji dan upah sebanyak iaitu 176.0 juta (8.6%) seperti di paparan 4.

PRESTASI MENGIKUT NEGERI

Bilangan Pertubuhan
Paparan 5:
Tiga Negeri yang Mencatatkan Bilangan Pertubuhan Tertinggi, 2013 dan 2018

Negeri Selangor mencatatkan bilangan pertubuhan dan kadar pertumbuhan tahunan tertinggi berbanding negeri lain iaitu 5,249 pertubuhan (26.3%) yang disumbangkan oleh tiga daerah utama iaitu Petaling (2,210 pertubuhan; 42.1%), diikuti daerah Klang (1,099 pertubuhan; 20.9%) dan Hulu Langat 723 pertubuhan (13.8%). Ini diikuti oleh Johor (2,493 pertubuhan; 12.5%), Wilayah Persekutuan (2,107 pertubuhan; 10.6%), di paparan 5 dan 6.

Paparan 6: Tiga Daerah Tertinggi
Nilai Jualan
Paparan 7: Nilai Jualan 5 Negeri Tertinggi,
2013 dan 2018 (RM Juta)

Selangor merekodkan nilai jualan tertinggi pada tahun 2018 iaitu RM12,510 juta (30.2%) berbanding tahun 2013 iaitu RM9,337 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 6.0 peratus, diikuti oleh Wilayah Persekutuan RM11,909 juta (28.8%), Johor RM3,652 juta (8.8%), Pulau Pinang RM2,346 juta (5.7%) dan Sabah RM 2,289 juta (5.5%) seperti di paparan 7.

Jumlah Pekerja

Selangor menyumbang 26,759 orang (25.9%) berbanding tahun 2013 iaitu 22,175 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.8 peratus, diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur, 24,351 orang (23.6%), Johor 11,004 orang (10.7%), Sabah 8,965 orang (8.7%) dan Perak 6,819 orang (6.6%).

Paparan 8: Jumlah Pekerja 5 Negeri Tertinggi, 2013 dan 2018
Gaji & Upah

Selangor menyumbang RM 816 juta (30.5%) berbanding tahun 2013 iaitu RM559 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.9 peratus, diikuti oleh W.P. Kuala Lumpur, RM673 juta (25.2%), Johor RM312 juta (11.7%), Sabah RM198 juta (7.4%) dan Perak, RM139 juta (5.2%) seperti di paparan 9.

Paparan 9: Gaji dan Upah 5 Negeri Utama, 2013 dan 2018

PRESTASI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS), 2018

Prestasi Utama PKS
Bilangan Pertubuhan

Bilangan Pertubuhan bagi Industri ini adalah 19,933 pertubuhan atau menyumbang 32.1 peratus, keseluruhan PKS yang berjumlah 62,015 pertubuhan pada tahun 2018. Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu 18,109 pertubuhan atau 90.8 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu 1,824 pertubuhan (9.2%).

Bilangan Pertubuhan PKS mengikut industri, 2018 dan 2013
Nilai Jualan

Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan nilai jualan tertinggi dalam industri ini mengikut  PKS iaitu RM27,904 juta atau 93.4 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu RM1,976 Juta (6.6%).

Nilai Jualan PKS Mengikut Industri, 2018 dan 2013
Jumlah Pekerja

Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan Jumlah pekerja tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu 85,639 orang atau 89.7 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu 9,836 orang (10.3%).

Jumlah Pekerja PKS Mengikut Industri, 2018 dan 2013
Gaji & Upah

Jualan borong dan runcit semua jenis komponen, alat ganti, bekalan, peralatan dan aksesori kenderaan bermotor mencatatkan gaji & upah tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu RM1,910.7 juta (91.6%), diikuti oleh Jualan borong dan runcit komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori motosikal iaitu RM176.0 (8.4%).

Gaji dan Upah PKS Mengikut Industri, 2018 dan 2013

Sumber : Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019

https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContentSearch.seam?cid=215556

PERKEMBANGAN INDUSTRI JUALAN BORONG DAN RUNCIT BAHAN BEKALAN DAN BAHAN BINAAN

PENGENALAN

Industri pembinaan menjadi komponen utama dalam landskap pembangunan ekonomi Negara. Industri ini mampu mengubah menjadi industri yang moden, produktif dan mapan sejajar dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Aktiviti-aktiviti industri binaan merangkumi pelbagai sektor pembinaan iaitu kediaman, industrial, komersial, pasarana dan sebagainya. Ia bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra pembinaan dan selepas pembinaan.

Perkembangan dalam industri ini turut memberi impak kepada prestasi Perdagangan Borong dan Runcit terutamanya industri yang terlibat dalam penjualan borong & runcit bahan bekalan & bahan binaan. Berikut diringkaskan Prestasi Industri Jualan Borong dan Runcit Bahan Bekalan & Bahan Binaan berdasarkan penemuan Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019.

Bilangan Pertubuhan

Penemuan Banci Perdagangan Borong & Runcit 2018 terdapat 25,253 pertubuhan yang beroperasi dalam aktiviti ini. Bilangan ini mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan 8.4 peratus berbanding 16,279 pertubuhan pada tahun 2013.

Paparan 1: Bilangan Pertubuhan mengikut Industri, 2018 dan 2013

Jualan runcit bahan binaan, hardwer, cat dan kaca menjadi pemacu utama bilangan pertubuhan iaitu 17,950 pertubuhan berbanding 12,254 pertubuhan pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan 7.3 peratus. Ini diikuti Jualan borong dan bekalan lain-lain bahan binaan, hardwer, peralatan paip & alat pemanas yang meningkat 8.7 peratus dan seterusnya Jualan borong bahan pembinaan meningkat 50.8 peratus seperti di Paparan 1.

Nilai Jualan

Nilai jualan barangan dan perkhidmatan pada tahun 2018 bagi aktiviti ini berjumlah RM103.8 bilion berbanding RM59.1 bilion pada tahun 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 10.7 peratus. Borong & bekalan lain-lain bahan binaan adalah penyumbang utama iaitu RM57.8 billion dengan merekodkan sumbangan sebanyak 72.8 peratus. Ini diikuti oleh Jualan runcit bahan binaan, hardwer, cat dan kaca (RM25.3 billion; 9.4%) dan Jualan borong bahan pembinaan (RM15.8 bilion; 32.2%) seperti di Paparan 2.

Jumlah Pekerja dan Upah & Gaji

Jumlah pekerja pada tahun 2018 bagi aktiviti ini berjumlah 120,271 orang berbanding 96,782 orang pada tahun 2013 dengan kadar  pertumbuhan tahunan 4.3 peratus. Gaji & Upah yang dibayar pada tahun 2018 bagi aktiviti ini berjumlah RM2.8 billion berbanding RM5.0 bilion pada tahun 2013 dengan kadar  pertumbuhan tahunan 11.0 peratus.

PRESTASI MENGIKUT NEGERI

Bilangan Pertubuhan

Selangor kekal mendominasi bilangan pertubuhan sebanyak 5,910 pertubuhan (11.1%) yang disumbangkan oleh tiga daerah utama iaitu Petaling (2,591 pertubuhan; 20.30%), diikuti daerah Klang dan Hulu Langat masing-masing sebanyak (1,130 pertubuhan; 8.85%) dan 1,081 pertubuhan (8.47%). Ini diikuti oleh W.P kuala Lumpur (4,381 pertubuhan; 10.4%) dan Johor (2,765 pertubuhan;8.5%) seperti di Paparan 4.

Paparan 4: Lima bilangan pertubuhan mengikut  Negeri tertinggi, 2013 dan 2018

Tiga Daerah Tertinggi

Nilai Jualan

Sarawak merekodkan nilai jualan tertinggi pada tahun 2018 iaitu RM28,190 juta (35.06%) berbanding tahun 2013 iaitu RM4,365 juta dengan kadar pertumbuhan tahun 9.6 peratus, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, RM25,519 juta (31.73%), Selangor, RM14,163 juta (17.61%)Sabah RM9,535 juta (11.86%) dan Pulau Pinang, RM 7,202 juta (8.96%) seperti di Paparan 5.

Jumlah Pekerja

Prestasi bilangan pekerja mengikut negeri pada tahun 2018 menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang 27,353 orang (35.60%) berbanding tahun 2013 iaitu 19,596 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan 6.9 peratus, diikuti oleh Selangor, 20,139 orang (16.7 %), Johor, 11,458 orang (9.5%), Sarawak, 9,142 orang (4.7%) dan Perak, 9,109 orang (7.6%) seperti di Paparan 6.

Upah & Gaji

Prestasi bilangan pekerja mengikut negeri pada tahun 2018 menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang RM 2,038 juta (51.01%) berbanding tahun 2013 iaitu RM 783 juta dengan kadar pertumbuhan tahunan 37.40 peratus, diikuti oleh Selangor, RM 1,028 juta (25.72 %), Johor, RM 365 juta (9.14%), Sarawak, RM 338 juta (8.45%) dan Pulau Pinang, RM 227 juta (5.68%).

PRESTASI PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (PKS), 2018

Statistik Utama PKS

Bilangan Pertubuhan PKS

Jualan runcit bahan binaan, perkakasan, cat dan kaca mencatatkan bilangan pertubuhan tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu 17,947 pertubuhan atau 71.9 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan bekalan lain-lain bahan binaan, hardwer, peralatan paip dan alat pemanas t.t.t.l iaitu 5,360 pertubuhan (21.5%) dan Jualan borong bahan pembinaan sebanyak 964 pertubuhan (3.9%).

Nilai Jualan PKS

Jualan borong dan bekalan lain-lain bahan binaan, hardwer, peralatan paip dan alat pemanas t.t.t.l mencatatkan nilai jualan tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu RM38,566 juta atau 54.0 peratus, diikuti oleh Jualan runcit bahan binaan, perkakasan, cat dan kaca iaitu RM25,231 Juta (35.3%) dan Jualan borong bahan pembinaan sebanyak RM3,926 (5.5%).

Jumlah Pekerja PKS

Jualan runcit bahan binaan, perkakasan, cat dan kaca mencatatkan Jumlah pekerja tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu 60,605 orang atau 56.7%, diikuti oleh Jualan borong dan bekalan lain-lain bahan binaan, hardwer, peralatan paip dan alat pemanas t.t.t.l iaitu 40,520 orang (37.9%) dan Jualan borong bahan pembinaan sebanyak 2,328 orang (2.2%).

Gaji & Upah PKS

Jualan runcit bahan binaan, perkakasan, cat dan kaca mencatatkan Jumlah gaji & upah tertinggi dalam industri ini mengikut PKS iaitu RM2,134 juta atau 46.6 peratus, diikuti oleh Jualan borong dan bekalan lain-lain bahan binaan, hardwer, peralatan paip dan alat pemanas t.t.t.l iaitu RM2,036 juta(44.4%) dan Jualan borong bahan pembinaan sebanyak RM239 juta (5.2%).

Sumber: Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019

https://newss.statistics.gov.my/newss-portalx/ep/epFreeDownloadContentSearch.seam?cid=215556

STATISTIK PERDAGANGAN BORONG & RUNCIT MILIKAN WANITA

5 Perkara yang perlu diketahui berkenaan Statistik Pertubuhan Milikan Wanita Sektor Perdagangan Borong & Runcit, 2018

  1. Bilangan Pertubuhan
    Pada tahun 2018, terdapat 91,043 pertubuhan milikan wanita dalam sektor Perdagangan borong & runcit berbanding 72,532 pertubuhan pada 2013 dengan kadar pertumbuhan tahunan 4.7 peratus.
  2. Bilangan Pertubuhan Mengikut Sub-Subsektor
    Bilangan pertubuhan yang tertinggi bagi pertubuhan milikan wanita direkodkan dalam subsektor Perdagangan runcit dengan 78,922 pertubuhan (86.7%), diikuti oleh Perdagangan borong, 7,754 pertubuhan (8.5%) dan Kenderaan bermotor, 4,367 pertubuhan (4.8%).
  3. Nilai Jualan dan Perkhidmatan
    Nilai jualan barangan & perkhidmatan bagi pertubuhan milikan wanita berjumlah RM81.3 bilion dengan kadar pertumbuhan tahunan 7.3 peratus dan disumbangkan oleh subsektor Perdagangan runcit iaitu RM36.5 bilion dengan sumbangan 44.9 peratus.
  4. Jumlah Pekerja
    Jumlah pekerja bagi pertubuhan milikan wanita meningkat kepada 267,947 orang dengan kadar pertumbuhan tahunan 3.1 peratus dari tahun 2013 sehingga 2018.
  5. Gaji & upah
    Gaji & Upah yang dibayar oleh pertubuhan milikan wanita berjumlah RM4.7 bilion dan merekodkan kadar pertumbuhan tahunan 4.9 peratus. Purata gaji & upah bulanan yang direkodkan oleh pertubuhan milikan wanita adalah RM2,460 dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.0 peratus.

Sumber: Banci Perdagangan Borong & Runcit, 2019

More Than 70 Per Cent Establistments Rented Premises & Average Gross Profit Micro Enterprise RM4,360 Per Month

The publication of WHOLESALE & RETAIL TRADE CENSUS 2019 that presents statistics such as sales value of goods & services, cost of goods sold, value of gross output, value of intermediate input, value added, number of persons engaged, salaries & wages and value of fixed assets owned. Statistics on Small & Medium Enterprises (SMEs), women ownership in business and usage of information and communication technology are also published.

PERFORMANCE OF WHOLESALE & RETAIL TRADE SECTOR

The census results showed that there were 469,024 establishments operated in Wholesale & retail trade sector in 2018 as compared to 370,725 establishments in 2013. This number registered an annual growth rate of 4.8 per cent.

Sales value of goods & services in 2018 for this sector was RM1,270.8 billion as compared to RM841.6 billion in 2013 with a growth rate of 8.6 per cent per annum. Value of gross output generated by Wholesale & retail trade sector amounted to RM384.3 billion as compared to RM250.3 billion in 2013. The output registered an annual growth rate of 9.0 per cent. Total value added in this sector for 2018 increased with an annual growth rate of 9.4 per cent to RM238.0 billion in 2018 as compared to RM151.9 billion in 2013.

Total number of persons engaged in this sector for 2018 were 2,002,838 persons with salaries & wages paid amounted to RM62.9 billion, registering an annual growth rate of 3.3 per cent. Meanwhile, salaries & wages paid expanded at 10.0 per cent as compared to 4.6 per cent in 2013.

Value of fixed assets owned by establishments for Wholesale & retail trade sector in 2018 was RM134.1 billion as compared to RM80.6 billion in 2013. This value recorded an annual growth rate of 10.7 per cent.

HIGHLIGHTS 2019

In 2019, BPP has launched 3 products:-

1. Preliminary Report Wholesale & Retail Census 2019

The event was held on 27th December in Conference Hall 1, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia and officiated by YBhg. Dato’ Sri Mohd Uzir Mahidin, Chief Statistician Malaysia.

2. Malaysia Digital Economy 2018

Held on 18th October in Bilik Mawar, Aras 8, Department of Statistics Malaysia, Putrajaya, the event was officiated by YBhg. Dato’ Sri Mohd Uzir Mahidin, Chief Statistician Malaysia.

3. Domestic Tourism Survey (DTS) by State, 2018

The launching event was held on 27th September at EQ Kuala Lumpur in collaboration with Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), Tourism Malaysia (TM) and Pacific Asia Travel Association (PATA). The event was officiated by YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture.

Design a site like this with WordPress.com
Get started